Pembangkang terus bersatu memantapkan blok pembangkang

Pembangkang terus bersatu mantapkan blok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan Ketua Pembangkang bersama semua parti pembangkang akan diadakan bagi memantapkan blok pembangkang merangkumi 105 Ahli Parlimen.

Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertemuan itu menjemput semua parti pembangkang untuk menyertai dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Katanya,selaras dengan ketetapan Pemukiman Kepemimpinan PH di Port Dickson pada April lalu menyatakan keterbukaan PH berunding dan bekerjasama serta menggembleng seluruh tenaga di bawah konsep ‘Khemah Besar’.

“Pertemuan ini akan membincangkan isu-isu politik semasa serta persiapan bagi menghadapi sidang Parlimen yang bakal bermula pada 6 September nanti.

“Kemungkinan satu sidang khas diadakan lebih awal dari itu untuk membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri serta mengisikan kekosongan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said yang sudah meletak jawatan,” katanya dalam satu kenyataan bersama Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden DAP, Lim Guan Eng. 

Tambahnya, fokus PH adalah menjadi Pembangkang yang mengutarakan kritikan, teguran, pandangan dan cadangan kepada dasar Kerajaan terutama dalam usaha menangani Covid-19 dan menghidupkan semula ekonomi.

Katanya, PH mengutamakan reformasi institusi termasuk Parlimen, reformasi fiskal, reformasi perundangan termasuk Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti, penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara, serta menegaskan kebebasan sistem kehakiman yang tidak patut dikacau ganggu oleh mana-mana pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN