Pelantikan PM: Jangan dahului Agong - Utusan Malaysia

Pelantikan PM: Jangan dahului Agong

NGA Kor Ming (kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk di Mambang Diawan, Kampar, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Semua pihak tidak seharusnya mendahului Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelantikan Perdana Menteri baharu dengan membuat pelbagai spekulasi.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, tidak perlu membuat jangkaan siapa yang akan dilantik Perdana Menteri sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Semua pihak wajib menghormati kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong. Semua pihak tidak perlu mendahului Yang di-Pertuan Agong, tidak perlu buat jangkaan atau apa-apa berkaitan pelantikan Perdana Menteri.

“Kita serahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong. 

“Saya yakin baginda akan membuat pilihan yang terbaik supaya calon yang paling layak diberikan kepercayaan akan dipilih, kita tunggu pengumuman Istana Negara,” katanya.

Beliau ditemui ditemui pemberita selepas mengedarkan sumbangan bakul makanan pada program Mesra Rakyat di Mambang Diawan di sini hari ini.

Mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata, Presiden PKR itu tetap merupakan calon Perdana Menteri tunggal Pakatan Harapan (PH).

“Beliau mempunyai sekurang-kurangnya 105 sokongan Ahli Parlimen dan PH memberikan kepercayaan penuh kepada Anwar untuk menerajui negara.

“Saya serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong,  saya yakin baginda akan buat pilihan yang tepat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya