Pekarangan kediaman PM sunyi - Utusan Malaysia

Pekarangan kediaman PM sunyi

PEKARANGAN kediaman Muhyiddin Yassin di Jalan Setia Bakti 2, Bukit Damansara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pekarangan kediaman Perdana Manteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara lengang dan sunyi dengan belum ada kenderaan membawa pemimpin politik keluar masuk.

Tinjauan sehingga pukul 8 pagi ini mendapati, hanya kelihatan petugas media yang menunggu di luar pekarangan kediaman untuk mengikuti perkembangan yang berlaku berikutan penarikan sokongan UMNO daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, sebuah van polis yang membawa anggota polis dipercayai masuk sebelum keluar semula seminit kemudian.

Semalam, UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung secara maya.

Katanya, MT UMNO sepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.