Pasar Awam Pontian, Pekan Nanas ditutup sementara - Utusan Malaysia

Pasar Awam Pontian, Pekan Nanas ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Operasi perniagaan di Pasar Awam Pontian di Jalan Rimba Terjun dan Pasar Awam Pekan Nenas, di sini ditutup sementara bermula hari ini hingga 18 Ogos bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Mohd. Ezzuddin Sanusi berkata, dalam tempoh tersebut semua aktiviti perniagaan tidak dibenarkan beroperasi termasuk pasar borong yang ada.

Katanya, notis penutupan kedua-dua pasar awam tersebut dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian di bawah Subsekyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalam Penyakit Berjangkit 1988.

“Diharap semua peniaga patuh dengan arahan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi sepenuhnya dilakukan oleh pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kanan PKD Pontian, Dr. Surinah Asan mengesahkan arahan penutupan operasi kedua-dua pasar tersebut bagi memastikannya ianya selamat untuk dikunjungi oleh orang ramai.

Katanya, tindakan penutupan operasi perniagaan tersebut merupakan langkah pencegahan awal pihaknya supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku membabitkan wabak Covid-19 ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN