Pas pandang serius kemelut politik - Utusan Malaysia

Pas pandang serius kemelut politik

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas teguh menegaskan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu memandang serius perkembangan terkini kemelut politik yang sedang berlaku dalam kerajaan.

“Pas akan terus mendukung kerajaan PN dengan kepimpinan Muhyiddin serta bersama-sama memberi tumpuan bagi menangani penularan wabak Covid-19 melalui strategi Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang digerakkan kerajaan.

“Pas juga akan terus komited membantu rakyat yang terkesan dengan menghadapi keadaan yang sukar ini. Justeru, diharapkan seluruh rakyat Malaysia bersabar dan memberikan kerjasama ke arah usaha menangani Covid-19,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan pengumuman dilakukan 11 ahli UMNO yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN seterusnya menjadikan kerajaan PN hilang sokongan majoriti.

Berdasarkan kedudukan terkini kerusi Parlimen Pakatan Nasional (PN) masih ada 103 kerusi iaitu Bersatu (31), Pas (18), Star (1), PBS (1), serpihan UMNO (26), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), GPS 18 dan bebas (4).

Sehingga kini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai akan membuat pengumuman khas pagi ini di Pejabat Perdana Menteri berkenaan status kedudukan beliau sebagai Perdana Menteris serta kerajaan PN yang memegang ta,mmpuk pemerintahan.

Tambah beliau, sebarang kenyataan mengenai pendirian Pas terhadap kemelut politik ini hanya akan dikeluarkan oleh Presiden dan Setiausaha Agung Pas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya