Pas mesyuarat malam ini - Utusan Malaysia

Pas mesyuarat malam ini

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Majlis Syura dan Jawatan kuasa Pas Pusat secara bersama akan mengadakan mesyuarat atau muzakarah malam ini bagi menetapkan pendirian Pas berhubung kemelut yang berlaku selepas UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin memberitahu, mesyuarat yang bakal diadakan secara dalam talian itu akan membincangkankemelut politik yang berlaku ketika ini.

Dalam masa sama katanya, Pas tetap dengan pendirian bersama kerajaan PN dan terpulang kepada UMNO yang mengambil keputusan sebaliknya.

“Apa pun, sebarang pendirian termasuk apa jua pendirian terbaharu Pas akan diputuskan pada mesyuarat atau muzakarah Majlis Syuara Pas dan Jawatan kuasa Pas Pusat malam ini,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan pengumuman dilakukan 11 ahli UMNO yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN seterusnya menjadikan kerajaan PN hilang sokongan majoriti.

Berdasarkan kedudukan terkini kerusi Parlimen Pakatan Nasional (PN) masih ada 103 kerusi iaitu Bersatu (31), Pas (18), Star (1), PBS (1), serpihan UMNO (26), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), GPS 18 dan bebas (4). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya