Negara perlukan pemimpin seperti Ismail Sabri - Mohd. Zolkafly

Negara perlukan pemimpin seperti Ismail Sabri

MOHD. ZOLKAFLY HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Negara memerlukan pemimpin seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tenang dan diyakini semua kumpulan masyarakat bagi memimpin ke arah membina semula Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, UMNO Perak menjunjung kasih atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Saya mengambil kesempatan mengucapkan sekalung ucapan tahniah  kepada Datuk Seri Ismail Sabri di atas pelantikannya. 

“Proses pelantikan Perdana Menteri yang dijalankan secara tertib dengan mengambil kira pandangan raja-raja Melayu serta suara ahli-ahli Parlimen mencerminkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dalam menangani krisis politik supaya tidak terus berlarutan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Zolkafly turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berjiwa besar dengan meletak kepentingan rakyat dan parti jauh di depan. 

“UMNO akan kekal utuh hasil sikap muafakat serta rasa kebersamaan yang tinggi antara pimpinan dan seluruh ahli akar umbi. 

“Selamat menjalankan tugas buat Perdana Menteri yang baharu dan ini masanya kita bina semula Malaysia yang lebih baik serta ketepikan perselisihan, utamakan rakyat dan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN