Muhyiddin tiba di pejabatnya di Putrajaya - Utusan Malaysia

Muhyiddin tiba di pejabatnya di Putrajaya

KENDERAAN membawa Muhyiddin Yassin memasuki Bangunan Perdana Putra bagi mesyuarat khas bersama dengan Kabinet. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini pada pukul 12.10 tengah hari.

Beliau bakal membuat pengumuman khas pukul 12.30 tengah hari ini dengan disertai beberapa menteri yang tiba lebih awal.

Menurut sumber, petugas RTM telah diarahkan untuk bersiap sedia melakukan siaran langsung pengumuman itu.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan kenderaan membawa beliau yang diiringi polis pengiring, dilihat memasuki pintu satu Istana Negara sekitar pukul 10.53 pagi.

Terdahulu, sebanyak 11 kenderaan rasmi menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tiba di bangunan sama bermula pukul 11 pagi.

Antara menteri terbabit adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya