Muhyiddin tak layan desakan pihak tertentu - Utusan Malaysia

Muhyiddin tak layan desakan pihak tertentu

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tidak melayan beberapa tuntutan pihak tertentu termasuk desakan supaya beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Justeru kata Muhyiddin, beliau tidak akan mengorbankan prinsip dan membelakangi sumpah jawatannya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

“Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka. Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya juga telah dituduh menderhaka kepada raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan. Saya doakan agar rakyat dan negara kita terus dilindungi oleh Allah,” katanya dalam Perutusan Khas hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah tujuh menteri iaitu Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.