Muhyiddin menuju ke Perdana Putra beri perutusan khas

Muhyiddin menuju ke Perdana Putra beri perutusan khas

MUHYIDDIN Yassin melambai kepada wakil media ketika keluar dari kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenderaan dipercayai membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari kediamannya di Damansara pada pukul 2.30 petang menuju Pejabat Perdana Menteri.

Muhyiddin kelihatan tenang dijadual mengadakan sidang akhbar pukul 3 petang ini untuk memaklumkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perdana Putra.

Beliau seterusnya dijangka bergerak ke Ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor sejurus selepas mengadakan perutusan khas berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN