Mesyuarat Exco Perak berjalan seperti biasa - Utusan Malaysia

Mesyuarat Exco Perak berjalan seperti biasa

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Mesyuarat Exco kerajaan negeri diadakan seperti biasa hari ini di sebalik
kemelut politik di peringkat kerajaan Pusat berikutan keputusan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat hari ini dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad bermula pukul 10 pagi dan dihadiri semua Exco termasuk tiga Exco daripada Bersatu dan dua Exco Pas.

Mesyuarat berlangsung seperti biasa dalam keadaan harmoni.

Difahamkan mesyuarat memberikan tumpuan kepada agenda kelangsungan dalam menangani isu Covid-19 serta kebajikan rakyat.

Setakat ini apa yang berlaku di peringkat Pusat tidak menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri.

Namun tiada sidang akhbar secara maya seperti mana kebiasaan sebaik sahaja mesyuarat berakhir.

Kerajaan negeri terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO, empat ADUN Bersatu, tiga ADUN Pas dan tiga Bebas.

Pada Disember tahun lalu, Saarani yang juga Pengerusi UMNO negeri mengumumkan pelantikan 10 ADUN masing-masing lima dari UMNO, Bersatu (3) dan Pas (2) bagi menganggotai Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak.

Tiga ADUN Bersatu yang dilantik exco ialah Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik), Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau).

ADUN Pas pula ialah Razman Zakaria (Semanggol) dan Mohd. Akmal Kamarudin (Selama).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya