Menteri Kabinet: Noraini enggan ulas - Utusan Malaysia

Menteri Kabinet: Noraini enggan ulas

NORAINI Ahmad (kanan) melawat mangsa banjir di PPS SK Changkat Lobak di Bagan Serai hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad enggan mengulas kemungkinan beliau dilantik semula sebagai menteri dalam Kabinet di bawah Perdana Menteri, Datuķ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau sebelum ini meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi apabila akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau adalah menteri Kabinet kedua selepas Datuk Shamsul Anuar Nasarah menarik diri daripada menyokong PN.

“No komen”, katanya ketika ditanya pemberita kemungkinan beliau dilantik semula sebagai menteri selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, di sini hari ini.

Mengenai lawatannya ke  kawasan banjir di Yan, Kedah, Noraini berkata, seramai 300 ahli Skuad Sayang 3K  digerakkan dalam misi bantuan termasuk membersihkan rumah mangsa di sana.

Katanya, semua Wanita UMNO bahagian sentiasa sedia dengan mengumpul kutipan dana untuk membantu mangsa yang terlibat dengan bencana alam.

“Kesemua dana yang dikumpulkan akan dimasukkan ke dalam tabung untuk diserahkan kepada mangsa melalui UMNO Bahagian, ” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN