“Memang marah…” – Respon Shuib kandungan video Aisar Khaled - Utusan Malaysia

“Memang marah…” – Respon Shuib kandungan video Aisar Khaled

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya kadang-kadang tidak faham dengan sikap mereka yang tidak sensitif.”

Itu kata pelawak Shuib berhubung kandungan video pempengaruh, Aisar Khaled yang melawat pusara penyanyi kesayangan ramai, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin beberapa jam selepas pengebumian.

Kata Shuib, seharusnya siapa pun perlu ada sikap sensitiviti yang tinggi.

“Kena tahu di kehidupan ini kalau Allah nak uji, takut-takut nanti kalau tiada rasa sensitif atau pun suka nak buka aib orang, takut-takut bahagian kita pula.

“Marah memang marah, kena ada sensitiviti. Kita tidak tahu nasib ke depan nanti macam mana? Adalah lebih baik berkasih sayang dan kongsikan yang baik-baik,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Difahamkan, Aisar dikecam hebat gara-gara menjadikan kandungan tersebut bagi tujuan kandungan media sosial semata-mata. Apatah lagi di Instagram Story ada pautan dan mengajak orang ramai untuk menyunting video kandungan itu menjadi lebih kreatif. Sebagai ganjaran Aisar akan memberi giveaway (sagu hati) kepada penyunting berkenaan.

Bagaimanapun, Aisar sudah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Shuib dan juga orang ramai, malah kandungan video itu juga sudah dipadam dua jam selepas dimuat naik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya