Mayat warga emas ditemukan dalam rumah berkunci - Utusan Malaysia

Mayat warga emas ditemukan dalam rumah berkunci

MAYAT seorang wanita warga emas dibawa ke hospital selepas ditemukan terbaring dalam sebuah rumah berkunci di Garden Homes, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mayat seorang warga emas wanita ditemukan terbaring dalam sebuah rumah berkunci di Garden Homes, Seremban 2, di sini hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan II, Kamarulzaman Md. Salleh berkata, pasukan bomba ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 10.11 pagi.

“Sebaik sahaja tiba, pasukan bomba bertindak menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu rumah mangsa yang berkunci dan menemukan seorang wanita warga emas terbaring berdekatan pintu bilik air.

“Berdasarkan maklumat jiran, warga emas berusia 60-an itu tinggal seorang diri dan sudah beberapa hari tidak kelihatan keluar dari rumah,” katanya hari ini.

Menurut Kamarulzaman, jiran yang risau dengan keadaan mangsa menghubungi pasukan bomba yang membawa kepada penemuaan mayat warga emas tersebut.

“Pihak perubatan yang berada di lokasi mengesahkan warga emas itu telah meninggal dunia.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kematian diklasifikasi sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN