Maut ditembak kerana minta matikan radio - Utusan Malaysia

Maut ditembak kerana minta matikan radio

POLIS memeriksa lokasi kejadian seorang lelaki ditembak rakan sekerjanya di daerah Phrom Phiram, Bangkok semalam. - Bangkok Post
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki Myanmar didakwa menembak mati rakan sekerja warga Thailand yang menyuruhnya mematikan radio di sebuah kedai pembaikan buggy golf di daerah Phrom Phiram pada malam Ahad.

Memetik laporan Bangkok Post, Timbalan ketua penyiasat polis di Phrom Phiram, Kapten Poli Kanapot Intaputi berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 malam di sebuah kedai pembaikan di lapangan golf Silver Star, yang dikendalikan oleh Polis Daerah Wilayah 6, di tambon Ma Tum.

Saksi memberitahu polis bahawa Pongthep Phloiprasong, 46, menyuruh rakan sekerjanya, Te Aw, 37, mematikan radio, dengan alasan bunyi kuat itu mengganggu.

Te Aw, seorang pendatang dari Myanmar, dipercayai telah mengambil senapang dari bawah mesin pemotong rumput dan melepaskan satu tembakan ke Pongthep, menyebabkan luka parah.

Pongthep meninggal kemudian di Hospital Phrom Phiram.

Te Awe ditangkap dan didakwa melakukan pembunuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN