MAQIS tahan kontena makanan ikan 8,938 kilogram dari China

MAQIS tahan kontena makanan ikan 8,938 kilogram dari China

MAQIS Selangor menahan sebuah kontena membawa masuk makanan ikan seberat 8,938 kg bernilai RM98,466 tanpa permit import sah dari China di Pelabuhan Klang Barat, Pelabuhan Klang, Selangor kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan sebuah syarikat tempatan membawa masuk makanan ikan seberat 8,938 kilogram (kg) bernilai RM98,466 tanpa permit import yang sah membawa padah apabila kontena yang membawa barangan itu ditahan di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat di sini, kelmarin.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dalam kenyataan akhbarnya hari ini berkata, kontena dari China yang sudah berada di Pelabuhan Klang Barat sejak 31 Julai lalu itu ditahan selepas pemeriksaan rutin dijalankan pada pukul 5 petang.

“MAQIS Selangor telah melakukan pemeriksaan terhadap kontena tersebut dan mendapati makanan ikan yang telah diproses itu tidak mempunyai Permit Import yang sah.

“Kesemua barang dagangan yang dipercayai untuk kegunaan sendiri dan dijual untuk pasaran tempatan seberat 8,938 kg yang dianggarkan bernilai RM98,466.73 ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut MAQIS, tindakan penguatkuasaaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian. 

Ujarnya, ia bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN