Mahdzir Khalid Menteri Tenaga dan Sumber Asli baharu? - Utusan Malaysia

Mahdzir Khalid Menteri Tenaga dan Sumber Asli baharu?

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mahdzir Khalid difahamkan akan dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkuat kuasa 9 Ogos ini.

Ia bagi menggantikan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang meletak jawatan kerana mengambil kira beberapa keputusan dan pendirian parti semalam.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, lantikan itu dibuat berdasarkan pengalaman beliau yang pernah memegang beberapa portfolio penting dalam Kabinet, sekali gus mampu membantu untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.

Seorang ahli Parlimen UMNO mengesahkan perkara itu dan berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan menganggap ia adalah rezeki buat UMNO yang perlu disyukuri.

“Alhamdulillah, tahniah kepada Datuk Mahdzir dan ahli UMNO perlu bersyukur kepada Allah, ini satu lagi rezeki buat UMNO. Kalau tolak lagi rezeki ni, tidak bersyukur lah namanya.

“Kita terima dengan baik, dan saya doakan Mahdzir Khalid berjaya sebagai seorang Menteri UMNO yang memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan parti,” katanya ketika dihubungi.

Mahdzir sebelum ini pernah menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Beliau juga adalah bekas Menteri Besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM), Mahdzir pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), selain Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya