PETALING JAYA: “Ini tanah air kita, Lindungilah dari segala penderhakaan, pengkhianatan dan penjajahan”.
Demikian tulis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran baharu di Facebook hari ini.
“Sebelum keluar rumah tadi. Pasang Jalur Gemilang dekat kereta saya. Banyak yang berlaku bulan ini. Tetapi jangan sesekali kita lupa. Ini tanah air kita. Tempat kita lahir dan dibesarkan,” katanya.
Najib menambah, bumi dipijak inilah yang memberikan kita rezeki dan berkat kemakmuran.
“Lindungilah dari segala penderhakaan, pengkhianatan dan penjajahan. Pertahankan kedaulatan dan kemerdekaan ini dengan kebersamaan di antara kita. Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan rakyat Malaysia,” katanya.