Lelaki cedera kereta dihempap pokok - Utusan Malaysia

Lelaki cedera kereta dihempap pokok

KEADAAN kereta Perodua Kancil yang dihempap pokok di Hentian Rehat dan Rawat Batu Dua di Gerik. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok dalam kejadian berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Batu Dua di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu menyebabkan Mohd. Faidzul Mohd. Shohor, 42, cedera pada tangan manakala kereta Perodua Kancil dipandunya remuk pada bahagian depan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, sepasukan enam anggota dan tiga jentera dihantar ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima maklumat kejadian itu.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dalam perjalanan dari arah Pengkalan Hulu menghala ke Gerik.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan anggota memberi rawatan awal sebelum dia dihantar ke Hospital Gerik menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS).

“Anggota bomba kemudian membantu memotong pokok dengan menggunakan satu unit gergaji berantai serta dua bilah parang untuk kerja-kerja pembersihan di tempat kejadian dan memastikan keadaan sekeliling selamat,” katanya di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN