Lelaki berkain pelekat maut jatuh longkang - Utusan Malaysia

Lelaki berkain pelekat maut jatuh longkang

PASUKAN bomba mengeluarkan mayat seorang lelaki yang dipercayai maut akibat terjatuh dalam pembetung longkang dalam kejadian di Bukit Lintang, Kandang, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penduduk di Bukit Lintang, Kandang dekat sini gempar apabila menemukan mayat seorang lelaki terapung di dalam pembetung longkang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa yang berusia 53 tahun ditemukan dalam keadaan lengkap memakai kemeja-T dan berkain pelekat.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 4.15 petang.

“Hasil siasatan di lokasi, kita percaya mangsa terjatuh ke dalam pembetung longkang berkenaan.

“Pemeriksaan pada badan mangsa juga tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal dan hanya calar-calar kecil pada kaki si mati,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil soal siasat ahli keluarga, mangsa merupakan seorang duda dan menghidap sakit sawan.

“Mangsa juga dikatakan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, Selangor.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN