Lebih 50 peratus lengkap divaksinasi - Utusan Malaysia

Lebih 50 peratus lengkap divaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 50 peratus daripada populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) berkata, sebanyak 75.3 peratus pula menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan, hampir 30 juta dos vaksin telah diberikan di Malaysia.

“Negara berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat. Usaha gigih selama ini perlu diteruskan,” katanya dalam Facebook hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN