#Lawan: Penganjur dakwa perhimpunan ikut SOP, akan terus desak Muhyiddin letak jawatan - Utusan Malaysia

#Lawan: Penganjur dakwa perhimpunan ikut SOP, akan terus desak Muhyiddin letak jawatan

ANTARA penganjur dan aktivis yang hadir di IPD Dang Wangi pagi ini untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

#Lawan: Penganjur dakwa perhimpunan ikut SOP, akan terus desak Muhyiddin letak jawatan

NURAINA HANIS ABD. HALIM (met)
[email protected]

PETALING JAYA: Penganjur dan aktivis perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ mendakwa pihaknya tidak akan berdiam diri selagi tuntutan mereka agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Kabinetnya meletak jawatan.

Mohammad Asraf Sharafi mendakwa, ini susulan keengganan kerajaan termasuk Muhyiddin yang tidak mendengar keluhan rakyat lagi.

“Anak muda tidak akan berdiam diri, akan lawan dengan benda lebih besar. Sekali bangkit anak muda tidak akan undur.

“Protes itu dilakukan secara terbuka bagi menyatakan tuntutan kepada kerajaan, bukanlah untuk bersuka ria seperti kenduri makan durian atau politikus di rumah perdana menteri jelas di kawasan tertutup,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Terdahulu, Mohammad Asraf bersama 10 lagi penganjur dan aktivis yang terlibat dengan perhimpunan Keluar dan #Lawan tiba di IPD Dang Wangi pada pukul 10.30 pagi untuk diambil keterangan dan proses tersebut berakhir selepas dua jam kemudian.

Dalam pada itu, Mohammad Asraf turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang menggunakan pihak polis berhubung perhimpunan itu.

Dakwanya, perhimpunan yang berlangsung di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

“Ada petugas yang bantu mengawal sepanjang perhimpunan berlangsung. Kami turut mengedarkan sarung tangan dan memastikan semua peserta memakai pelitup muka. Malah, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) turut mengesahkan perhimpunan itu mengikut SOP.

“Sepatutnya tidak menggunakan pihak polis kerana merugikan tenaga mereka. Kami akan bersedia dengan segala kemungkinan,” dakwanya.

Dakwanya lagi, siasatan dilakukan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan Seksyen 21 dan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN