#Lawan: 47 individu sertai perhimpunan diburu - Utusan Malaysia

#Lawan: 47 individu sertai perhimpunan diburu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan 47 individu yang dipercayai terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang berlangsung di sekitar Dataran Merdeka, dekat sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya setakat ini telah merakam percakapan seramai 11 individu bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tersebut.

Katanya, satu kertas siasatan turut dibuka berhubung perhimpunan itu mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan jangkitan) 2021.

“31 Julai lalu, satu perhimpunan berlangsung dengan anggaran sekitar 400 ke 500 orang peserta berkumpul di jalan berhampiran Stesen Tren Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek.

“Kesemua mereka kemudian telah berarak menghala ke Jalan Raja Laut di sini dengan membawa sepanduk dan sebagainya dengan tanda #Lawan. Kita telah kenal pasti individu terlibat dan minta mereka tampil memberi kerjasama,” katanya.

Tambah Azmi, polis juga memohon pihak media yang turut merakam gambar peserta  boleh membantu polis mengesan lebih ramai lagi yang terbabit himpunan Lawan itu untuk melengkapkan kertas siasatan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seramai 11 individu termasuk penganjur hadir ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan berkenaan.

Kesemua mereka tiba kira-kira pukul 9.40 pagi sebelum masuk ke IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan pada pukul 10 pagi.

Antara yang dipanggil adalah aktivis Suaram, Mohamad Al Shatri; Pengasas #Undi18, Tharmelinggem Pillai dan Qyira Yusri; Mohamad Asraf Sharafi; Sevan Doraisamy; Azura Nasron; Dobby Chew dan Beverly Joeman.

Tiga lagi individu turut dipanggil iaitu Asheeq Ali, Siti Nurizzah dan Syazwani Mahmud.- UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya