Ku Li: Undi percaya terhadap Perdana Menteri perlu diadakan segera - Utusan Malaysia

Ku Li: Undi percaya terhadap Perdana Menteri perlu diadakan segera

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diadakan segera di Parlimen.

Memetik laporan Astro Awani, undi percaya itu perlu dilakukan untuk memastikan keabsahan sekali gus membolehkan Perdana Menteri menerajui negara tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.

Malah tegas beliau, sekalipun Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia sudah dilakukan Ismail Sabri pada Sabtu lalu, namun, perkenan Yang di-Pertuan Agong itu hanyalah untuk satu ketika.

“Sekiranya pengundian berlaku, (undi) percaya atau tidak percaya dua hingga tiga minggu selepas angkat sumpah dalam keadaan di mana sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan sudah berubah dan telah mengalami kekalahan, jelas sekali Perdana Menteri dan Kabinet mesti berundur kerana sudah ditolak oleh Dewan Rakyat,” kata Tengku Razaleigh pada Astro Awani.

Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu selepas kehilangan majoriti sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN