KL ibu kota terawal capai imuniti kelompok - Utusan Malaysia

KL ibu kota terawal capai imuniti kelompok

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kuala Lumpur menjadi antara ibu kota terawal di negara ini mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus populasi dewasanya lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, berdasarkan laporan vaksinasi setakat semalam, kira-kira 85 peratus populasi dewasa di Kuala Lumpur lengkap menerima dua dos.

Beliau berkata, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan kedua mencapai imuniti kelompok selepas Labuan, pada 27 Julai lalu.

“Ketika ini, 92 peratus kelompok dewasa di Labuan menerima dua dos vaksin setakat semalam manakala Putrajaya pula berada pada tahap 74 peratus.

“Kejayaan itu hasil usaha keras pelbagai agensi dan petugas barisan hadapan sejak pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada 24 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Annuar, ketika ini, Kuala Lumpur mencapai kapasiti harian 53,000 dos yang dilaksanakan melalui 196 Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Sementara itu, beliau berkata, walaupun trend kes harian di Kuala Lumpur masih lagi menunjukkan peningkatan, kes tertinggi yang dilaporkan semalam adalah daripada kategori 1 dan 2 iaitu 2,001 kes (96 peratus) dan selebihnya, iaitu empat peratus atau 78 kes adalah dalam kategori 3, 4 dan 5.

Menurutnya, program vaksinasi juga berjaya menurunkan bilangan kes yang dibawa masuk ke hospital dan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya