fbpx

23 September 2021, 8:33 am

  TERKINI

Khaled Nordin letak jawatan esok

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa beliau akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad, esok.

Ia dipercayai mempunyai kaitan dengan penarikan sokongan UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya memang akan letak jawatan esok, esok (juga) saya hantar surat peletakan jawatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan bagi menyatakan sokongan kepada keputusan parti.

Bagaimanapun, Muhyiddin dalam perutusan khasnya menyatakan masih mempunyai majoriti dan bakal ditentukan di Parlimen. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN