Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera bermesyuarat di Pejabat Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera bermesyuarat di Pejabat Perdana Menteri

KENDERAAN yang membawa Panglima Angkatan Tentera memasuki Bangunan Putra Perdana, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki Pejabat Perdana Menteri, di sini sebentar tadi.

Beliau tiba pada pukul 9.25 pagi selepas kenderaan yang membawa Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya.

KENDERAAN yang membawa Ketua Polis Negara kelihatan memasuki Bangunan Putra Perdana, Putrajaya. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang turut hadir bagi menghadiri mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang dijangka bermula pukul 10 pagi.

Mesyuarat terbabit bagi membincangkan situasi politik dan kedudukan kerajaan hari ini susulan tindakan UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung selama maya .

Difahamkan, mesyuarat Kabinet diadakan pukul 12 tengah hari selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN