Keputusan kes ahli Parlimen berarak dalam masa terdekat - KPN - Utusan Malaysia

Keputusan kes ahli Parlimen berarak dalam masa terdekat – KPN

ACRYL Sani Abdullah Sani beramah mesra dengan Jali Dawi ketika menyampaikan sumbangan Op Bantu di Taman Permint di Seberang Takir, Kuala Nerus. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Keputusan siasatan kes ahli Parlimen yang berarak di Dataran Merdeka awal bulan ini akan diketahui dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kertas siasatan berkenaan sudah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Siasatan selesai dan semua pihak terlibat sudah diambil keterangan, insya-Allah tindakan akan diambil tidak berapa lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Op Bantu kepada pesara polis, Sarjan Jali Dawi di Taman Permint di Seberang Takir di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa.

Polis menerima 206 laporan di seluruh negara berhubung perhimpunan berkenaan yang turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Dalam perkembangan lain, Acryl Sani berkata, cuti semua anggota dan pegawai polis yang dibekukan berkuat kuasa 12 Ogos lalu masih berterusan hingga kini.

“Pihak polis dikehendaki berada dalam keadaan bersiap sedia dan cuti ini sebenarnya pentadbiran sahaja. Dalam keadaan ini, kita akan mengetatkan dari segi pelepasan dan seumpamanya bagi memastikan tahap kesediaan kita sentiasa ditepati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya