Kelantan tanggung kos urus jenazah pesakit B40 - Utusan Malaysia

Kelantan tanggung kos urus jenazah pesakit B40

AHMAD YAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyalurkan sumbangan RM1,500 kepada waris pesakit golongan B40 yang meninggal dunia akibat Covid-19 bagi membantu meringankan beban kos pengurusan jenazah.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke-16/2021 yang bersidang hari ini dan akan berkuat kuasa 15 Ogos 2021.

“Kerajaan negeri prihatin mengenai bebanan waris yang kehilangan ahli keluarga akibat jangkitan Covid-19.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukkan sumbangan sebanyak RM1,500.00 kepada waris mangsa kategori B40 sebagai pengurusan jenazah kes Covid-19 bermula 15 Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, Ahmad juga memaklumkan kerajaan negeri meluluskan pemberian elaun tambahan kepada imam tua dan imam muda sebanyak RM150 dan bilal RM50 berkuat kuasa Julai 2021.

Sehubungan itu katanya, jumlah keseluruhan elaun diterima imam tua RM1,850.00 dan imam muda (RM1,350) bagi masjid mukim kategori A, manakala bilal menerima elaun keseluruhan RM800.

“Pembayaran elaun tambahan melibat 587 kategori masjid mukim ‘A’, besar dan kecil seluruh negeri Kelantan berkuatkuasa mulai Julai 2021,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN