Kebanjiran orang ramai beratur suntik vaksin cetus kebimbangan - Utusan Malaysia

Kebanjiran orang ramai beratur suntik vaksin cetus kebimbangan

TANGKAP layar video memaparkan orang ramai termasuk warga asing dilihat beratur dengan masing-masing rapat antara satu sama lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Orang ramai melahirkan kebimbangan sekiranya tercetus satu lagi kluster baharu Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Rumah Prihatin Hotel Grand Season, Kuala Lumpur yang dibanjiri orang ramai beratur untuk mengambil suntikan vaksin.

Perkara itu dikongsikan pengguna Twitter menerusi rakaman video yang menyaksikan orang ramai beratur tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan melakukan penjarakan sosial.

Menerusi video itu, didapati orang ramai termasuk warga asing dilihat beratur dengan masing-masing rapat antara satu sama lain.

Rata-rata netizen menyifatkan ia tidak seharusnya berlaku sedangkan program vaksinasi telah berlangsung sejak pertengahan tahun ini dan pihak berkuasa lebih waspada dengan situasi berlaku.

“Agak-agak kalau keadaan macam ni, ada harapan tak Malaysia kembali pulih?” soal pengguna Twitter @IzzatiEmylia.

Malah seorang lagi pengguna Twitter, @ysmnsofeaaa berkata situasi itu menyebabkan kes jangkitan tidak turun sehingga kini.

“Mereka beratur sampai berlaga-laga badan. Patutlah kes sampai 20,000,” katanya.

Malah ada juga mempertikaikan tanggungjawab pihak berkuasa kerana didakwa gagal mengawal keadaan.

“Yang duduk berkawal dan tengok sahaja buat apa?,” ujar @ummufasihah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN