Jangan cuba-cuba palsukan sijil vaksin - Utusan Malaysia

Jangan cuba-cuba palsukan sijil vaksin

SHAFIEN Mamat (tengah) melancarkan Kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di SK Padang Mandol, Tumpat hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Orang ramai yang ingin merentas negeri atau daerah diingatkan supaya tidak memalsukan sijil vaksin bagi mengelirukan pihak berkuasa ketika pemeriksaan di mana-mana sekatan jalan raya (SJR).

Ketua Polis negeri, Datuk Shafien Mamat berkata, bermula esok, pihaknya akan mula melakukan penguatkuasaan lebih ketat di setiap SJR bagi memastikan tidak ada penipuan berkaitan sijl vaksin.

“Orang ramai boleh menunjukkan sijil vaksin digital atau mencetaknya untuk dibawa bersama ketika merentas negeri dan daerah. Bagi penguatkuasaan di kedai makan, kita akan mengadakan perbincangan lanjut terlebih dahulu.

“Kita berharap rakyat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan jangan menyalah guna kelonggaran diberikan,” katanya selepas melancarkan Kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mandol, di sini, hari ini.

Yang hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Azahar Ismail dan Ketua Polis Daerah Tumpat, Suprintendan Abdul Rashid Mat Daud.

Dalam perkembangan berkaitan, Shafien berkata, sehingga hari ini, sebanyak 32 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat(PKPD) di seluruh Kelantan dan daripada jumlah itu, 14 lokaliti di Pasir Puteh dan Machang ditamatkan tengah malam ini.

“Di setiap lokaliti PKPD, kita menempatkan 59 pasukan keselamatan untuk bertugas mengawal keselamatan terdiri daripada anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia ( Rela).

“Apabila PKPD tamat, anggota keselamatan ini sudah boleh memberi tumpuan kepada penugasan pemantauan pematuhan SOP,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya