Jakim anjur program Bulan Falak Malaysia Tahun 2021 - Utusan Malaysia

Jakim anjur program Bulan Falak Malaysia Tahun 2021

ZULKIFLI MOHAMAD Al-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengadakan program Bulan Falak Malaysia Tahun 2021 bersempena sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1443H/2021M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan melancarkan program berkenaan yang bermula 9 Ogos hingga 7 September.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, program itu bermatlamat memartabatkan ilmu falak melalui program bersepadu di peringkat kebangsaan dan negeri serta menjadikan bulan Muharram atau bulan pertama kalendar Islam sebagai Bulan Falak Malaysia.

“Pelaksanaan program ini diadakan secara dalam talian melalui media sosial rasmi Jakim, Jabatan Mufti Negeri, balai cerap atau lokasi cerapan rasmi Malaysia, masjid-masjid terpilih seluruh Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM),” jelasnya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Abdul Aziz berkata, sempena Sambutan Bulan Falak Malaysia Tahun 2021,  Pelancaran Penggunaan Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) Baharu MABIMS (dalam penyediaan Takwim Hijrah bermula Muharam 1443H) turut diadakan.

Menurutnya, keputusan itu berdasarkan persetujuan oleh negara-negara anggota  MABIMS (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura) dalam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Negara MABIMS di Singapura pada tahun lalu.

“Jakim berharap semoga program ini dapat memberi pendidikan dan pemahaman falak kepada masyarakat serta dapat mengaplikasikannya dalam ibadah secara bersepadu.

“Program ini juga diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kaedah cerapan, penetapan awal bulan dan proses pengisytiharan hilal Ramadan, Syawal dan Dzulhijjah di Malaysia secara khusus dan nusantara secara amnya,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya