Istana Negara kembali jadi perhatian - Utusan Malaysia

Istana Negara kembali jadi perhatian

YANG Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi ini. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas kediaman Perdana Menteri di Bukit Damansara, Istana Negara tidak terlepas menjadi tumpuan media hari ini bagi membuat liputan mengenai perkembangan terkini isu politik tanah air.

Petugas media pelbagai agensi dilihat mula memenuhi kawasan di pintu satu Istana Negara sejak pukul 8 pagi bagi menanti sebarang kemungkinan termasuk ketibaan pemimpin politik untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Hal ini ekoran keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam yang memutuskan menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan beberapa ahli Parlimen parti itu juga dilapor sudah menandatangani aku janji menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkembangan itu menyaksikan kerajaan PN dikatakan hilang kepercayaan dan boleh tumbang sekali gus pelbagai kemungkinan bakal berlaku pada hari ini ekoran keputusan UMNO itu.

Tumpuan utama kini ke arah tindakan selanjutnya Perdana Menteri, sama ada beliau meletakkan jawatan apabila hilang kepercayaan atau masih mempertahankan kedudukan setelah mendakwa masih mempunyai sokongan ahli-ahli Parlimen kerajaan.

Malah hari ini merupakan Mesyuarat Pra-Kabinet antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri sekali gus menjadi tumpuan kepada pemerhati politik berkenaan status dan nasib Kerajaan PN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya