Ismail Sabri terima ucapan tahniah PM Australia, China, Indonesia - Utusan Malaysia

Ismail Sabri terima ucapan tahniah PM Australia, China, Indonesia

ISMAIL Sabri Yaakob menerima panggilan telefon daripada Scott John Morrison. - FOTO PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu mendapat perhatian pemimpin-pemimpin luar negara dengan memberikan ucapan tahniah.

Pada hari ini, Ismail Sabri menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Scott John Morrison dan menyampaikan ucapan tahniah di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Dalam perbualan kami, kedua-dua negara menyatakan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan erat yang lama terjalin di antara Malaysia dan Australia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri China, Li Keqiang yang menyampaikan perutusan tahniah kepadanya melalui sepucuk surat bertarikh semalam.

Perdana Menteri berkata, Li Keqiang turut menyatakan komitmen beliau untuk terus mengukuhkan hubungan diplomatik yang terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara.

“Ini termasuk mengekalkan hubungan dagang serta berkongsi strategi melawan wabak Covid-19 dengan berkesan,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menerima ucapan tahniah daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo menerusi panggilan telefon pada petang semalam.

Katanya, dalam perbualan antara kedua-dua pemimpin itu, Joko Widodo mendoakan agar hubungan Malaysia dan Indonesia terus kukuh.

“Saya juga menyampaikan hasrat untuk melihat hubungan rakyat antara dua negara terus akrab dan harmoni.

“Jokowi dan saya juga turut menyatakan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor ekonomi,” katanya yang turut mendoakan agar Joko Widodo dan keluarga serta seluruh rakyat Indonesia sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya