PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendapat sokongan 114 ahli Parlimen untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan tiba di Istana Negara pada pukul 1.15 petang dengan menaiki bas.
Turut bersama dalam bas tersebut beberapa ahli Parlimen lain.
Turut kelihatan di dalam bas tersebut adalah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed.
Semalam, Ahli Parlimen Bera itu berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.










