PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendapat sokongan 114 ahli Parlimen untuk diangkat sebagai Perdana Menteri kesembilan meninggalkan Istana Negara pada pukul 3.10 petang.
Ahli Parlime Bera itu meninggalkan Istana Negara dengan menaiki kereta sempat melambai ke arah petugas media.
Semalam, Ahli Parlimen Bera itu berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.










