Ismail Sabri lulus peruntukan RM78 juta naik taraf, baiki infrastuktur kawasan bencana - Utusan Malaysia

Ismail Sabri lulus peruntukan RM78 juta naik taraf, baiki infrastuktur kawasan bencana

ISMAIL Sabri Yaakob keluar dari bangunan Perdana Putra Putrajaya bagi meninjau kawasan bencana banjir di Kedah. - FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluluskan peruntukan sebanyak RM78 untuk membaik pulih dan menaik taraf infrastuktur di daerah ini dan Kuala Muda yang terjejas dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu.

Beliau berkata, antara kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf yang diberi perhatian ialah jalan raya, jambatan, bekalan air dan rumah penduduk yang rosak dalam tragedi itu.

“Peruntukan tersebut disegerakan untuk kebajikan penduduk dua daerah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke kawasan bencana di Titi Hayun di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN