‘Ini mesyuarat Kabinet terakhir’ - Utusan Malaysia

‘Ini mesyuarat Kabinet terakhir’

KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Seorang menteri memaklumkan hari ini adalah mesyuarat terakhir Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat Kabinet terakhir kerajaan PN pagi ini. 

“Perdana Menteri akan bergerak untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong. Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri meninggalkan Bangunan Perdana Putra tepat pukul 12 tengah hari tadi.

Beliau juga sempat membuka tingkap kendaraannya dan melambaikan tangan kepada pengamal media yang berada di luar pintu protokol.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung selama tiga jam. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN