PETALING JAYA: Kerajaan Indonesia menyatakan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor ekonomi dengan Malaysia.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menerima ucapan tahniah dan dihubungi Presiden Joko Widodo (Jokowi), petang tadi.
Menurut beliau, dalam perbualan tersebut, Jokowi mendoakan agar hubungan Malaysia dan Indonesia terus kukuh.
“Saya juga menyampaikan hasrat untuk melihat hubungan rakyat antara dua negara terus akrab dan harmoni.
“Presiden Indonesia (Jokowi) dan saya juga turut menyatakan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor ekonomi,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, sebelum mengakhiri perbualan, beliau turut mendoakan agar Presiden Jokowi dan keluarga serta seluruh rakyat Indonesia sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.