Idris sokong Muhyiddin  - Utusan Malaysia

Idris sokong Muhyiddin 

IDRIS JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Besut daripada UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh  menyatakan sokongan penuh kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Idris yang juga Pengerusi Felda berkata, keputusan itu dibuat demi kebaikan rakyat sekali gus mengambil pendirian tidak mahu banyak berpolitik dalam situasi rakyat yang sengsara dengan pandemik Covid-19.

Katanya, UMNO tidak boleh menafikan sumbangan Muhyiddin yang banyak membantu parti termasuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri-menteri kanan.

“Malah, beliau juga telah banyak berjasa membantu warga Felda bermula dengan bantuan sukuk bernilai RM9.9 billion diikuti kelulusan penghapusan hutang berjumlah RM8.3 billion, baru-baru ini. Kita tidak akan jumpa lagi pemimpin berjiwa besar yang membantu warga Felda sebegini rupa.

“Saya berpandangan masa depan UMNO menjadi lebih baik jika terus bersama-sama dengan kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan ini tidak maksum, namun bagi mengelak mudharat yang lebih besar, ia menjadi pilihan yang terbaik ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Idris menyeru agar semua ahli UMNO untuk meningkatkan solidariti kerana beliau menyayangi UMNO dulu kini dan selamanya.

Bagaimanapun, beliau mempersoal keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa berubah-ubah dengan sebelum ini mengarahkan ahli-ahli Parlimen bebas membuat pilihan untuk menyokong siapa di Parlimen dan terbaharu pula sebaliknya.

Malah, katanya, di manakah hala tuju parti selepas menolak PN dan Muhyiddin sekali gus adakah UMNO terus hendak kembali menjadi pembangkang atau adakah hendak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan hubungan antara Presiden dengan pemimpin itu yang akrab.

“Sayangnya saya tidak nampak game plan di mana Presiden hendak membawa kita pada ketika kesihatan rakyat masih diancam. hubungan akrab kedua-duanya? Dalam Persidangan Agung UMNO (PAU), UMNO menolak Anwar tetapi Presiden mengatakan Anwar adalah gurunya.

“Presiden juga secara diam-diam telah menandatangani akaun bersumpah (SD) menyokong Anwar, oleh itu kita perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan demi kelangsungan masa depan UMNO,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Idris bertanding atas tiket UMNO meraih 34,335 undi menewaskan pencabarnya, Ridzuan Mohamad Nor (Pas) dan Datuk Ir. Wan Nazari (PKR). – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.