Hubungan Malaysia-Singapura terus kukuh di bawah pimpinan Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Hubungan Malaysia-Singapura terus kukuh di bawah pimpinan Ismail Sabri

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menaruh keyakinan hubungan Malaysia-Singapura terus ditingkatkan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri baharu.

Menurut Muhyiddin, malah Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga memberi jaminan bahawa langkah memperkasa hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pelbagai aspek terus dilakukan.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan beliau menerima panggilan telefon Hsien Loong antara lain bagi bertanya khabar dan mengetahui perkembangannya selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Katanya, Hsien Loong merakamkan penghargaan dan terima kasih atas hubungan serta kerjasama baik yang bersama-sama jalinkan sepanjang lebih setahun bergelar rakan sejawat dan mendoakan beliau agar dapat terus memainkan peranan dalam aspek hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Secara peribadi, saya amat menghargai nilai persahabatan yang ditunjukkan Hsien Loong bukan sahaja kebelakangan ini bahkan ketika kami saling mengenali lama dahulu.

“Masih segar diingatan pertemuan bersemuka dan bersejarah kami di tengah-tengah Tambak Johor pada Julai tahun lalu iaitu sejurus selepas saya memegang jawatan Perdana Menteri manakala beliau sendiri baru sahaja mengangkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai Perdana Menteri.

“Saya doakan Hsien Loong diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan mentadbir Singapura,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN