Hishammuddin tegas komitmen Malaysia melalui sembilan mesyuarat menteri luar ASEAN - Utusan Malaysia

Hishammuddin tegas komitmen Malaysia melalui sembilan mesyuarat menteri luar ASEAN

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan komitmen Malaysia menerusi sembilan mesyuarat serantau selama enam hari.

Wisma Putra hari ini memaklumkan pendirian negara turut diulangi terutama isu Palestin sepanjang mengetuai delegasi Malaysia dalam kesemua siri persidangan secara video atas talian itu.

“Sepanjang tempoh itu, beliau menyertai Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-54 dan mesyuarat berkaitan dari 2 Ogos sehingga Sabtu lepas,” katanya melalui kenyataan di sini.

Ketika persidangan AMM, beliau meminta Myanmar memastikan Utusan Khas ke negara itu, iaitu Menteri Luar Negeri II Brunei, Dato’ Erywan Yusof diberi akses penuh tanpa halangan.

Ia sebagai susulan hasil Mesyuarat Pemimpin ASEAN (ALM) pada April lalu menegaskan pelaksanaan konsensus lima perkara bagi mengakhiri kemelut politik Myanmar sejak Februari meliputi bantuan kemanusiaan selain mereka membincangkan tindakan lanjut Rangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN daripada impak Covid-19 terhadap sosio-ekonomi.

Mereka berharap, Rangka Kerja Pengaturan Koridor Perjalanan ASEAN dapat dilaksanakan bagi mengaktifkan semula aktiviti perniagaan melalui pembukaan semula pintu sempadan.

Berhubung mesyuarat dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan (AICHR), Hishammuddin menggesa pengukuhan mandat perlindungan merangkum sasaran baharu.

Sementara sesi Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), beliau menyeru ASEAN sepakat menyeru Negara Kuasa Nuklear meratifikasi Protokol Triti.

Dalam pada itu, Malaysia melalui Majlis Komuniti Keamanan Politik ASEAN (APSC) ke-23 pula menyarankan rakan dialog dilibatkan secara kolektif dalam mengurangkan kesan wabak.

Tidak ketinggalan mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-29, beliau menekankan peluang Revolusi Industri Keempat melalui transformasi digital yang memupuk kemajuan.

“Malaysia ketika mesyuarat Menteri Luar ASEAN Campur Tiga (APT) ke-22 pula mengambil maklum komitmen China, Korea Selatan dan Jepun dan kerjasama akses vaksin,” katanya.

Menyentuh sesi Menteri Luar Asia Timur (EAS) ke-11, Hishammuddin mengulangi sokongan pelbagai hala dalam isu kemelut Laut China Selatan, krisis Myanmar dan konflik di Palestin.

Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-28 pula, beliau menyeru kerjasama melawan propaganda pengganas siber melalui inisiatif perkongsian teknologi bersama Australia dan New Zealand.

Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri Luar (PMC) turut diadakan selama empat hari bagi bertukar segala idea dan Malaysia sebagai penyelaras, menjadi pengerusi bersama Australia.

Negara ini juga, mengambil alih peranan Myanmar bagi tempoh tiga tahun akan datang sebagai penyelaras Hubungan Dialog ASEAN-Kanada dan menerima Britain sebagai rakan dialog.

“Pada akhir mesyuarat AMM dan berkaitan, semua menteri luar memperakukan dokumen Joint Communique yang merumus segala keputusan dicapai,” kata kenyataan Wisma Putra. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya