Faktor kemasalahan dan keselamatan rakyat, PRU-15 bukan pilihan terbaik - Agong - Utusan Malaysia

Faktor kemasalahan dan keselamatan rakyat, PRU-15 bukan pilihan terbaik – Agong

agong
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH puji pelan jaga kesihatan mental rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpandangan, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan satu pilihan terbaik atas faktor kemasalahan dan keselamatan rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berkenan menerima sembah maklum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sehingga Ogos lalu, sejumlah 613 kawasan ADUN, 484 kawasan Parlimen adalah kawasan zon merah Covid-19.

“Pada masa sama, Seri Paduka turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara berada pada situasi yang membimbangkan.

“Justeru pada hemat Seri Paduka, pelaksanaan PRU-15 bukan satu pilihan terbaik atas faktor kemasalahan dan keselamatan rakyat,” katanya dalam kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN