Fabinho kekal bersama Liverpool - Utusan Malaysia

Fabinho kekal bersama Liverpool

FABINHO akan terus bersama Liverpool selepas menandatangani kontrak jangka panjang bersama kelab itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pertahanan Liverpool, Fabinho menandatangani kontrak panjang bersama kelab Liga Perdana itu dan menjadi pemain kedua dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Jurgen Klopp yang melanjutkan kontrak d Anfield selepas Trent Alexander-Arnold.

“Saya gembira dapat menandatangani kontrak baharu dengan kelab.

“Sejak daripada perbincangan pertama, saya sangat positif mengenainya kerana ia seperti yang saya mahukan iaitu kekal bersama kelab, terus beraksi bersama Liverpool.

“Kini segala-galanya sudah rasmi dan saya sangat gembira sepanjang tiga musim di sini.

“Kami meraih pencapaian bersama-sama dan bagi saya, Liverpool adalah kelab terbaik untuk terus berkembang serta belajar dari kakitangan dan rakan sepasukan.

“Harap kami akan memperoleh pencapaian lebih baik selepas ini,” kata Fabinho yang akan kekal sehingga 2026.

Kontrak lama Fabinho sepatutnya berakhir pada hujung musim baharu ini.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai Liverpool dari Monaco pada 2018 dan sejak itu melakukan 122 penampilan untuk Reds termasuk membantu kelab memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya