Dua lagi ditahan hina Sanusi - Utusan Malaysia

Dua lagi ditahan hina Sanusi

AHMAD SHUKRI MAT AKHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis menahan dua lagi lelaki di daerah ini yang didakwa menghina Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua individu berkenaan yang berusia 52 dan 45 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di Kepala Batas dan Mergong Perdana, di sini.

“Seorang Pegawai Khas Menteri Besar telah membuat laporan polis berhubung komen negatif dan jelek di Facebook milik pemimpin itu.

“Laporan itu dibuat di Balai Polis Alor Setar pada pukul 10.30 pagi semalam dan polis telah menahan dua lelaki tersebut untuk membantu siasatan pada pukul 5.15 petang dan 6 petang untuk membantu siasatan,” katanya.

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR

Terdahulu, seorang warga emas ditahan Lenggeng, Negeri Sembilan kira-kira pukul 3.57 pagi semalam kerana didakwa mengaibkan Muhammad Sanusi dengan mengeluarkan kenyataan jelik menerusi satu video dimuat naik di Facebook, kelmarin.

Ahmad Shukri menambah, kedua-dua lelaki itu yang merupakan pekerja swasta dan peniaga diberi jaminan polis selepas keterangan mereka diambil semalam.

“Semakan mendapati kedua-dua individu berkenaan tidak memiliki rekod jenayah.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Sungai Petani semalam oleh seorang pentadbir laman sosial Menteri Besar.

Laporan itu difahamkan dibuat berkaitan mesej berbaur ugutan dan kata-kata kesat yang ditujukan kepada Muhammad Sanusi menerusi Facebook Messenger. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya