Dua lagi ahli politik diambil keterangan - Utusan Malaysia

Dua lagi ahli politik diambil keterangan

MOHD. YUSMADI MOHD YUSOFF dan DR. TAN YEE KEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lagi individu hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dekat sini hari ini untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

Mereka yang hadir adalah Senator Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr. Tan Yee Kew.

Difahamkan, kedua-dua mereka diambil keterangan antara pukul 11 pagi hingga 1.05 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan pihaknya sudah selesai mengambil keterangan kedua-dua individu berkenaan.

Semalam, seramai 17 individu diambil keterangan di IPD Dang Wangi dan Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya berhubung perhimpunan berkenaan.

Antaranya, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun; Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran.

Turut dirakam percakapan iaitu Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin; Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook di IPD Dang Wangi.

Dua lagi individu iaitu Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun pula diambil keterangan oleh polis di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, pada pukul 2.30 petang.

Pada 2 Ogos lalu, seramai 107 ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka selepas gagal masuk ke Parlimen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN