‘Dokumen itu palsu’ - Utusan Malaysia

‘Dokumen itu palsu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media yang kononnya berhubung status terkini bilangan sokongan ahli Parlimen kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau kemudian menegaskan dokumen itu palsu dan sebarang urusan rasmi Dewan Rakyat adalah dibuat melalui saluran komunikasi secara rasmi dengan pihak berkenaan sahaja.

“Saya tidak pernah dan tidak akan mendedahkan apa-apa komunikasi rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu kenyataan media yang kononnya memaklumkan Azhar menerima pandangan daripada Istana Negara menerusi satu warkah menyatakan bahawa kedudukan terkini iaitu seramai 104 ahli Parlimen yang masih menyokong Perdana Menteri.

Dalam kenyataan itu, ia dipetik berkata isu dan polemik Perdana Menteri telah kehilangan majoriti tidak berbangkit setelah Yang Dipertua Dewan Rakyat hanya boleh memberikan jumlah sokongan 114 ahli Parlimen kepada Muhyiddin melalui kedudukan tempat duduk terkini di dalam Dewan Rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN