Detik cemas kereta terbabas ke lereng bukit - Utusan Malaysia

Detik cemas kereta terbabas ke lereng bukit

KERETA dinaiki dua wanita yang terbalik setelah terbabas ke lereng bukit di Flyover Skudai menghala Danga Bay di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Berpantang maut sebelum ajal. Itu dialami dua wanita yang berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan terjatuh berhampiran Flyover Skudai menghala Danga Bay, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Normah Yaakob, 56, dan Norhayati Sa’in, 25, bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan setelah kereta yang dinaiki terjatuh ke lereng bukit sejauh 10 meter.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.31 pagi sebelum menggerakkan 11 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Haizrul Rahmad berkata, pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Proton Wira terbabas di lokasi kejadian.

“Usaha menyelamat yang dijalankan berjaya membawa dua mangsa keluar dari kenderaan itu. Kedua-dua mangsa didapati mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi terbabit kemudian ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi selepas keadaan terkawal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya