Covid-19: Sifar kes bunuh diri di Kelantan - Utusan Malaysia

Covid-19: Sifar kes bunuh diri di Kelantan

DR. IZANI HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiada kes bunuh diri dicatatkan di Kelantan sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara, menggambarkan tahap kesihatan mental penduduk negeri ini berada dalam keadaan baik.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, dalam tempoh sama, sebanyak 30 individu atau 0.07 peratus daripada 44,003 sesi tele-psikososial dirujuk kepada pakar psikiatri.

“Pengurusan kesihatan mental pesakit Covid-19 dan kontak rapat mereka serta petugas semasa pandemik di negeri ini diselaraskan melalui Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial (MHPSS) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

“Sepanjang pandemik Covid-19 bermula Mac 2020 sehingga 31 Julai 2021, sebanyak 44,003 tele-psikososial dilakukan kepada pesakit Covid-19 dan kontak pesakit Covid-19 (PUS). Daripada jumlah ini, 30 orang atau 0.07 peratus memerlukan rujukan kepada pakar psikiatri.

“Tiada kes bunuh diri dilaporkan setakat ini,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (UMNO-Kok Lanas) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Izani berkata, penyakit mental terdiri daripada pelbagai kategori termasuk tekanan perasaan, skizofrenia, bipolar dan sebagainya dengan sebahagian memerlukan bantuan ubat-ubatan.

Katanya, kerajaan negeri mengajak rakyat untuk sentiasa berdoa memohon perlindungan Allah SWT dan diberi kekuatan mental dan fizikal bagi mengelak musibah dan sebarang perkara tidak diingini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya