Covid-19: Jangkitan harian kekal paras lebih 20,000 kes - Utusan Malaysia

Covid-19: Jangkitan harian kekal paras lebih 20,000 kes

KES penularan Covid-19 semakin berkurangan, malah langkah kerajaan melaksanakan CAC secara maya boleh digunakan pesakit Covid-19 sebagai kemudahan untuk mereka yang bergejala ringan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak  22,070 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,662,913 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 5,920 kes diikuti  Sabah sebanyak 3,010 kes dan Kedah sebanyak 2,072 kes.

“Pulau Pinang pula 1,829 kes, Sarawak (2,224 kes), Johor (1,809 kes), Kelantan (1,052 kes), Perak (939 kes), Kuala Lumpur (1,068 kes), Pahang (610 kes), Terengganu (488 kes), Negeri Sembilan (338 kes) dan Melaka (589 kes).

“Selebihnya, Perlis sebanyak 76 kes, Putrajaya (39 kes) dan Labuan (lapan kes),” katanya menerusi laman Twitternya di hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN